Reka bentuk Sukhoi_Su-34

Prestasi

Su-34 mempunyai 12 tenggekan (pilon) penyimpan bagi senjata sehingga 8,000 kilogram (17,635 paun), bertujuan untuk digunakan bersama senjata panduan tepat Rusia terbaru. Ia mengekalkan meriam 30 mm GSh-30-1 sama seperti pesawat Su-27/Su-30.

Su-34 menawarkan peningkatan keselesaan krew bagi misi tempur lebih berkesan. Juruterbang boleh menggunakan komputer digital generasi baru (sistem kawalan senjata) dan peralatan eletronik-radio berganda. Peranti ini memastikan pengebom jitu menakjubkan dengan beza ralat hanya beberapa meter, tanpa mengira cuaca. Bebanan lapan tan metrik pesawat, yang merangkumi peluru berpandu subsonik dan supersonik mensasar dan bom layang, mampu memusnahkan sasaran diperkukuh dan disembunyikan dengan baik pada jarak sehingga 250 km. Su-34, yang akan berkhidmat dengan skuadron pengebom, mempunyai sistem keselamatan aktif dengan unsur kecerdikan buatan. Sistem ini membolehkan pesawat bagi melaksanakan hampir kesemua aksi dan pergerakan tempur dan terbang pada ketinggian pokok dan aras tanah pada kelajuan maksima 1,400 km/j. Su-34 juga mampu terbang dalam mod TERCOM (Terrain Contour Matching), melintasi halangan tak dijangka dan meluru melepasi zon pertahanan darat ke udara. Krew pesawat dengan itu mampu melaksanakan pengeboman berkesan, mengambil tindakan mengelak, memusnahkan senjata musuh dan mengelak jauh peluru anti pesawat dan peluru berpandu musuh.

Misi operasi bagi Su-34 bermula dengan tempoh perancangan yang dimuat turun ke dalam dua komputer utama pesawat, koordinat dan dongakan bagi setiap titik navigasi dan pergantungan misi dari berlepas hingga mendarat. Pada setiap titik-koordinat atau cantas-masa (time-hack), mod alih automatik boleh dilaksanakan agar juruterbang boleh bebas atau terbabit dengan bahagian lain misi. Hubungan data dengan pesawat pemerintah, stesyen darat, dan kapal pemerintah akan dikekalkan dan di mana had garis pandang dicapai komunikasi akan beralih kepada satelit bagi litupan meluas. Kemas kini misi boleh disampaikan oleh pangkat lebih tinggi pada setiap masa semasa penerbangan. Semua jenis bom atau taktikal dan strategik boleh digunakan dengan penekanan diberikan pada persaingan senjata jarak jauh seperti peluru berpandu kruis AS-13/18 Kingbolt, senjata anti-radiasi AS-14 Kedge, AS-17 Krypton, senjata anti-kapal Kh-35 Uran, dan peluru berpandu anti-kapal jarak jauh Kh-41 Moskit.

Su-34 dilaksanakan di bawah skim "tiga pesawat" dengan semua pertempuran dirancang berlaku jauh di hadapan di kaki langit. Pesawat ini memiliki tangki bahan api dalaman dengan keupayaan dipertingkatkan bagi memastikan tanpa penggunaan PTB, penerbangan tanpa isian semula praktikal sejauh 4,000 kilometer. Dengan tiga pengisian, Su-34 mampu merangkumi jarak lebih dari 14,000 kilometer. Kejuruteraan eletronik dalaman memastikan krew penerbangan dilengkapkan dengan maklumat penuh mengenai parameter penerbangan dan ruang sekeliling, keadaan sistem dalaman dan loji kuasa, matlamat di udara dan darat, di permukaan air atau bawah air, mengenai cara pengesanan penjejakan-radar dan REF musuh, mengenai AD dan tahap ancaman oleh musuh yang merupakan ciri penting pesawat baru ini. Tambahan lagi, Su-34 mempunyai ciri radar menghadap kebelakang berupaya mengesan, menjejak, dan megarah peluru berpandu udara-ke-udara R-73 atau R-77 kepada pesawat musuh yang mengejar.

Kokpit dan avionik

Tidak seperti Su-27 terdahulu, Su-34 mempunyai kokpit kaca moden, dengan paparan CRT berwarna pelbagai fungsi. Avioniknya sekarang berdasarkan sebuah radar jujukan imbasan pasif elektronik Leninets V004 dan sebuah sistem laser/televisyen UOMZ untuk menandakan dan memandu senjata panduan tepat. Radar lekapan hadapan ini dilengkapi dengan radar aspek belakang-V005 yang diletakkan di ekor "penyengat" panjangnya. Su-34 dilengkapi dengan peralatan ECM bersepadu, termasuk sistem pengesanan pelancaran peluru berpandu inframerah.

Rujukan

WikiPedia: Sukhoi_Su-34 http://video.google.com.au/videoplay?docid=6095317... http://www.airforce-technology.com/projects/su34/ http://www.airforce-technology.com/projects/su34/s... http://www.flightglobal.com/Articles/2007/01/04/Na... http://www.flightglobal.com/Articles/2007/01/04/Na... http://www.upi.com/International_Security/Industry... http://www.ausairpower.net/APA-Fullback.html http://www.milavia.net/aircraft/su-34/su-34.htm http://www.aerospaceweb.org/aircraft/bomber/su34/ http://www.globalaircraft.org/planes/su-34_fullbac...